Hampir setahun aku tinggalkan laman coretan isi hati duka dan lara ini. Tiada apa yang menarik nak aku kongsikan kali ni sebab aku rasa "blogger2" sekarang ni tumbuh macam cendawan. Aku sekarang dah matang. Aku sekarang dah terlebih baligh. Bukan aku dah nak kawin tapi esok bermulalah peperiksaan akhir aku. Mungkin yang terakhir dalam hidup aku. Mudah2an la. Apa yang aku harapkan kat sini, pembaca2 semua agar dapat doakan kejayaan aku sebab aku nak jadi lagi baligh satu hari nanti.
ShoutMix chat widget
Blog Blog Blog
-
-
The Poor Soul.2 days ago
-
-
bahaya minum yakult4 months ago
-
-
DEMONSTRASI7 months ago
-
Selamat Hari Jadi Aku...1 year ago
-
breakfast2~2 years ago
SI PUJANGGA
- moreschi
- Sape tak kenal aku. Sekali aku jalan kat kampus ramai yang tegur especially awek-awek. Aku pun tak tau aura tahap apa yang aku ada sampai dorang tertarik ngan aku. Dah la, malas citer lebih-lebih nanti korang jeles pulak.
Malam ini mood gua nak tulis blog datang balik. Biasa la,bila gua rasa tekanan gua tulis blog gua ni bagi meredakan perasaan geram-gerum hati pedu gua ni. Gua bengang sebab permintaan gua kat mak gua tak dapat lagi. Gua ingat sempena hari jadi gua kali ni mak gua dengan ringan hati nak hadiah kan gua HONDA ITEGRA. Tapi gua kecewa sebab mak gua bagi adiah kasut kulit hitam je. Dia cakap guna masa buat presentation kelas dan masa gua praktikal nanti.Bagus jugak sebab kalau tak gua asip pinjam kasut Si Buncit Lempeng aje. Bila tak dapat, mula la gua merungut kat mak gua. Tapi macam biasa alasan mak gua, "ko nak bawa pergi mana pun kereta laju-laju, guna je lah dulu kereta tu". Mana gua tak menyirap bawak Kancil hadiah bezday ke-20 tahun gua tu. Lembap macam kura-kura walaupun gua dah masuk enjin RB-20 tapi tak boleh cantas juga kereta Itegra Si Konting.
Ini kisah seorang gadis berlesung pipit dan bergigi besi bernama Cik Tot. Fikir punye fikir aku rasa sebab "bumper" dia yang agak baik la dia dapat nama Cik Tot. Tapi kenapa tak Cik Mon? Nak jadikan cerita masa aku sekolah dulu aku memang minat kat dia. Masa umur aku 14 tahun lagi aku dah mula syok kat dia tapi aku pendam je sebab aku rasa dia macam tak baligh lagi masa tu. Lepas dua tahun selepas aku usha bentuk badan Cik Tot dan aku rasa ada sikit perubahan yang menunjukkan tanda dia dah akil baligh. Bukan senang aku nak usha sebab dia pakai tudung labuh masa tu. Apa lagi, aku terus susun strategi untuk ngorat Cik Tot.
Hari ni tido gua terganggu lagi. Si rambut singa datang bilik gua pagi-pagi dok wat loklak. Si mat bulu dok terhegeh-hegeh bersiap nak pegi umah orang kawin anak Pak Agus dengan Si rambut singa. Masa dia datang bilik gua memang gua tengah tido nyenyak je. Gua tengah syok mimpi awek gua goda gua atas katil. Sikit je lagi. Tapi hati gua tiba-tiba jadi menyirap bila gua terdengar si rambut singa kutuk laptop gua saiz macam bijik kacang botak. Gua memang hangin satu badan terus gua bangun. Mane taknya dulu komputer gua besar gedabak siap ngan LCD 42 inchi tapi si jahanam perompak gemok pendek tu da roket. Complete package ngan suar jeans gua cap ayam dia roket. Tak sedar diri pendek nak amik suar gua. Gua rasa-rasa lah, mesti suar gua ada kat kedai alter jeans skang ni.
Hoh, da lama aku tak update blog. Maklum la, PC aku ada orang pinjam. Ntah bile ntah der nak pulangkan. Nasib la mak aku dengan sukacitanya bagi pinjam notebook der sementara aku nak dapat duit ganti rugi pecah rumah dari si jahanam tu. Nextweek, kejap je lagi. Mula dari hari ini boleh la aku usha-usha barang untuk wat PC baru. Yang aku sedih barang-barang dalam hard disk PC lame aku tu. Gambar-gambar dan 3gp aku. Aduh, abes la glamer aku kejap lagi dalam laman web www.malayatube.com. Memang tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan, antara dapat habuan atau bagi si jahanam tu habuan. Ikut ati memang aku nak sula-sula je budak 3 ekor tu.Dah tak ada hobi lain agaknya sampai ada hobi pinjam barang rumah orang tanpa pulang.Apa kejadahnye!Kepada geng-geng jahanam, kalau lu baca blog gua ni gua harap lu simpati sikit ngan gua sebab gua nak balik PC gua tu sebab PC tu gua hutang lagi mak gua.
Gua tengah dok fikir macamane gua nak update blog lepas ni. Hati gua panas bila dapat massage matt gee semalam. Hasrat nak tengok Adnan Sempit pun rentung lepas baca message Matt Gee. Celaka punye orang!
