moreschi

One's satisfaction is satisfied by satisfying others

Pagi ini aku bangun subuh macam biasa. Tapi entah kenapa sejak semalam aku tak boleh nak tido pas subuh walaupun tido lewat. Mata memang mengantuk. Cuma suasana je lain 2,3 arini sebab selalu aku kat umah sewa tapi skang aku kat kampung. Bukan aku takut kena bebel ngan mak aku atau ayah aku sebab sebelum-sebelum ini aku tido je.


Jadi bila tak tido apa lagi, bermula la satu aktiviti lelaki untuk melelapkan mata dengan mudah. Tapi cara aku kat sini lain sikit. Aku pergi la keluar dengan adik aku ke belakang pawagam lama LIDO. Situ memang port terbaik. Memang baik!dah la baik pastu murah je. Sebab dah pagi kot. Memang tak dapat kat tempat lain tapi kat belakang LIDO je. Boleh dapat ngan harga seringgit tapi seringgit pun kadang-kadang bole dapat lebih. Macam kueh je kan murahnya.

Sampai di LIDO yang bangunannya tak ubah sejak zaman jepun kelihatan masih ada yang menunggu. "Wah,amoi cantek!" detik hati aku. Ramai jugak pelanggan yang berebut-rebut. Aku tengok kira-kira tinggal 10 bijik yang lembut dan kenyal. Yang padu plak ada 4 bijik. Memang padu, lebih kurang saiz 34C. Orait gak la. Sedang-sedang. Tapi dia punya pegi, memang layan!!Jantung makin berdegup laju dan peluh sejuk mula membasahi tubuh aku.

Adik aku pulak memang sekepala ngan aku. Pagi memang waktu yang terbaik!Dengan suasana yang sejuk semulajadi dan dingin yang menusuk hati membuat bulu-bulu roma aku naik. Memang tak puas sekali masuk je sebab dia punya nikmat memang tak terungkap dengan kata-kata. Tak payah gosok dulu pun tak apa. Rasanya sedap jugak!Maka bermula la adengan senaman pagi.

"Seronoknya kalau tiap-tiap hari dapat macam ni" detik hati aku.

"Adik!!esok kita pergi beli n.lemak ni lagi ek!pau ngan karipap ni pun sedap!"

Lalu, apabila sudah kenyang tanpa menggosok gigi aku dan adik aku terus masuk bilik untuk sambung tido. "Memang sedap kalau tak gosok gigi sebelum sarapan" detik ati aku sambil senyum ngantuk.

Aku seketul sabun. Nama aku May. Aku bukanlah kumpulan rock tapi aku popular macam kumpulan May. Ramai manusia sukakan aku sebab aku banyak buih. Tapi tu dulu. Sekarang manusia dah tak pandang aku. Mereka suka Shokubutsu, Lifebuoy, atau Dettol. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Segambut. Tapi Segambut dalam la. Selepas aku dilahirkan aku di ambil sebagai anak angkat oleh Pasaraya Giant. Ramai jugak kawan-kawan ku disana. Aku di tempatkan di atas sebuah rak yang eksekutif. Tapi kawan-kawanku Palmolive, Protex, FAB, DAIA dan lain-lain semua di rak-rak buruk. Aku terasa bangga. Tapi nilai aku pada masa tu lebih rendah dari kawan-kawan ku. Oh, aku tgh di promosikan rupanya.


Pada satu hari aku ada seorang manusia melihat aku. Aku diperhatikan dan di belek-belek. Walaupun pada kebiasaanya aku rimas apabila di belek tetapi kali ini aku rasa sangat selesa. Tangannya membelai manja aku. Wah, gadis comel rupenya. Putih gebu badannya. Potongan badan 36-26-38. Memang terbaik. Akhirnya aku di ambil dan di masukkan ke dalam bakul. Kemudian aku di bawa ke kaunter dan kelihatan gadis tadi membuat bayaran. Aku tidak paham ke mana aku akan dibawa. Hati aku mula resah melihat bayaran yang dibuat antara gadis tadi dengan juruwang. Seolah-olah aku akan dilacurkan. Tapi aku kembali tenang bila gadis itu terus membawa aku.

Aku dibawa ke rumahnya dan kemudian baju aku di tanggalkan. Aku terasa malu dengan gadis itu dan hati semakin berdebar-debar bila dia memegang aku. Kemudian gadis yang sedang bertuala tadi menanggalkan tualanya. Aku menjadi tak keruan. Melihat potongan badannya membuat aku tiba-tiba basah. Cis, aku terkena air rupanya!! Selepas itu aku di gosok-gosok di seluruh anggota gadis tadi. Oh, alangkah seronoknya aku masa tu. Kulitnya sangat lembut dan gosokannya sangat manja. Aku tak dapat membayangkan dengan kata-kata kenikmatan aku sebagai sabun buku masa tu. Aku terus mengeluarkan banyak buih yang berbau harum. Gadis itu semakin suka dengan aku dan terus menggosok-gosok aku pada anggotanya sehingga puas. Selesai sudah. Kemudian aku diletakan di dalam sebuah bekas. Gadis itu memakai tualanya dan terus berlalu meninggalkan aku. "Kenapa dia tinggalkan aku?" detik hati aku. Aku tak sabar menanti hari esok. Harap-harap gadis itu datang mencari aku..

Lepas SPM dulu, aku dapat interview untuk teruskan pengajian. Tapi jangan terkejut, aku mohon Darul Quran. Bukan mak ayah aku suruh tapi aku yang nak. Darul Quran ada 2 kampus, 1 di Kuala Kubu Bharu dan lagi satu di negeri sembilan tapi aku lupa kat mana. Aku kena interview di kampus negeri sembilan. Tiba hari temuduga aku berdebar-debar.


Tiada sebarang persediaan aku buat sebab masa hari temuduga aku masih dalam program khidmat negara. Aku berpakaian kemas hari itu. Baju kemeja siap berkopiah raihan. Inilah kali pertama aku pakai kopiah selain waktu sembahyang jumaat. Sampai di Darul quran aku tengok ramai calon lain. Semuanya berpakaian macam ustaz. Aku naik segan sebab mereka macam budak-budak tahfiz.

Prosedur temuduga bermula dengan ujian bertulis. Bahagian A berkenaan ilmu al-quran dan bahagin B berkaitan bahasa arab. Aku jawab dengan tekun walaupun pengetahuan tentang al-quran cetek. Bahasa Arab apa lagi, berbelas-belas tahun belajar tapi SPM takat kredit je. Selesai ujian bertulis. Kemudian ujian menguji ingatan. Aku diarahkan hafal 2 muka surat surah panjang dalam al-quran dalam masa 1 jam. Memang payah nak hafal masa tu. Mana tidaknya masa PLKN tengok betis dan dada cikas hari-hari. Habis masa sejam tiba masa untuk ujian hafazan. Banyak juga sangkut tapi aku pasrah.

Selesai ujian hafazan tiba masa untuk di temuduga. Aku menyahut bila nama aku di panggil. Dengan gaya sopan aku masuk mengadap penemuduga. Masa aku berjalan ustaz pandang aku atas bawah. Aku terasa ustaz tu mesti ingat aku salah sorang anggota Raihan. Tapi ustaz tegur, "cantik seluar dan kasut kamu" sambil senyum. Aku malu. Mana taknya masa tu aku pakai seluar bawah kecik dengan kasut skate VANS sebab masa tu aku memang kemaruk main skateboard. Tapi aku wat selamba je dan terus duduk. Temuduga dalam bahasa ARAB tapi tidak sepenuhnya.

Ustaz agak peramah dan bertanya latar belakang aku. Dia tanya dalam Arab dan aku pun balas Arab walaupun tunggang-langgang.

Tiba-tiba ustaz tanya satu soalan, "anta tadhul?". Aku tak paham dan buat muka konfius. Ustaz ulang balik soalan yang sama.

Aku selamba jawab "na'am" iaitu ya.

Ustaz tersenyum dan masih ulang soalan yang sama lagi.
Aku bertambah yakin dengan senyuman ustaz dan jawab "na'am".

Padahal memang aku tak faham apa dia tanya. Kemudian ustaz ulang lagi soalan yang sama tapi dalam bahasa melayu, "awak merokok?". Aduh, terus merah padam muka aku masa tu dan terus tukar jawapan kepada "la" (tidak). Tak sangka jawapan aku terlalu jujur masa tu. Aku rasa ustaz mesti tahu juga aku ni tokan rokok kat PLKN masa tu. Nasib dia tak tanya.

Soal jawab lebih kurang 15 minit sahaja. Keputusan ujian bertulis masa tu juga di beri dan markah aku memberansangkan. Aku tersenyum dan bertambah yakin. Akhir sekali sebelum temuduga berakhir ustaz bagi aku karipap. Karipap yang diberi untuk penemuduga yang bertugas pada hari itu. Aku menolaknya sebagai tanda sopan tapi ustaz tetap menghulurkan. Aku ambil sahaja dan sebelum pergi ustaz ucapkan "selamat berjumpa lagi". Ini kerana keputusan temuduga akan di beritahu dalam masa 2 minggu lagi. Tapi aku rasa aku dah dapat jawapan dari karipap yang aku terima tadi. Oh karipap!

Masa aku abes SPM kira-kira tahun 2004 aku telah menerima sepucuk surat dari pihak kerajaan yang telah mengarahkan aku untuk menyertai program khidmat negara selama 3 bulan. Aku berasa berdebar-debar masa tu kerana masih tidak dapat membayangkan keadaan program tu kerana aku adalah bahan eksperimen pertama untuk di uji dalam program itu. Suka bercampur takut, bermacam-macam perasaan aku ada. Aku asip membayangkan latihan ketenteraan dimana aku akan dibotakkan pada awalnya dan menjalani latihan-latihan yang menguji ketahanan. Buli?sudah tentu itu perkara pertama yang sentiasa bermain di benak fikiranku. Setelah siap persiapan yang disediakan oleh mak dan ayah aku untuk percutian sengsara selama 3 bulan maka berangkat lah aku.


Aku telah di arahkan untuk menaiki bas dari Kota Raja Klang bersama kumpulanku yang lain. Tiba di kota Raja alangkah ramainya bahan-bahan eksperimen yang akan berjuang sama dengan aku. Tiba saat meninggalkan mak dan ayah aku, agak berat hati ini nak meninggalkan mereka kerana memikirkan 3 bulan tak dapat makan masakan air tangan mak. Naik je bas aku terjumpa rakan-rakan kampungku yang lain, antaranya Karipap dan Haizi. Bila dah jumpa geng, apa lagi..mula la buat perangai. Mengorat anak dara menjadi amalan nakal kami. Perjalanan menuju ke Kem Kuala Kubu Baru mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Aku beruntung kerana masih ditempatkan dalam satu negeri dan kem aku merupakan kem utama dan terbesar masa tu. Memang ramai pelatih-pelatih lain aku jumpa disana yang datang dari serata Malaysia. Aku pun dapat ramai kawan masa tu. Seperti yang aku jangka..masa untuk botak kepala. "Ah,perkara biasa masa zaman aku skinhead dulu" detik hati aku walaupun kelihatan ada pelatih-pelatih lain yang meronta-ronta menangis sebab tidak mahu di botak kan. Apa kejadah la mereka itu. Latihan berat yang aku fikirkan sebelum ini rupenya tidak lah seberat yang aku sangka malah seronok. Apetah lagi setiap hari berlatih bersama gadis-gadis memang bersemangat. Kalau kena denda "push up" 30x aku selamba bantai buat sampai 50X. Tapi lepas tu 3 hari makan orang suapkan. Masa program tu ada sorang cikas ni minat kat aku. Setahu aku ramai lagi jejaka-jejaka lain dok rebut cikas tu tapi aku wat relax je. Memang hot tapi aku melayan nya tak lebih dari kawan (konon setia kat awek). Memang rugi kalau sesiapa yang pergi program tu tapi tak dapat awek..memang bachul la orang cakap.

Aktiviti paling seronok adalah membuat kegiatan haram. Jual rokok sebab rokok memang di larang. Dengan peluang yang ada aku ngan rakanku turut menjual rokok dan perniagaan kami adalah yang paling berjaya kalau nak dibandingkan ngan pesaing-pesaing lain masa tu. Mana taknya, kawan aku ni PIPI namanya budak area situ dan dia amik barang dari rakan-rakan kampungnya dengan cara seludup. Bayangkan harga rokok dunhill tahun 2004 sebatang boleh cecah rm1. Dunhill sebatang skang pun baru RM 0.80. Camane tak galak bisnes aku masa tu. Ada kawan aku ni budak Sarawak dan dia Iban aku rasa.Dustin ngan Tony kalau aku tak lupa nama dia. Bila hari jumaat je aku pelik Dustin ngan Tony ni ikut budak-budak Islam pergi sembahyang Jumaat. Siap pakai baju melayu lagi. Tapi padahal misi deorang sebenarnya nak beli rokok sebab sembahyang jumaat la saat yang dinanti2kan perokok-perokok sebab masjid kat luar kem.

Ada satu malam tu deorang siap ikut pergi dengar ceramah pastu sembahyang sekali. Anok haram betul. Tapi semua tu tinggal kenangan. Kenangan bersama haizi dan karipap. Kalau boleh aku nak pergi lagi sebab tak sempat merasa latihan menembak masa tu dan yang paling penting sekali elaun sekarang aku rasa makin banyak sebab dulu aku dapat rm300 je. Tu pun habis walaupun duduk dalam kem je.

Si becok, si kerek, si bosan dan si pekak adalah 4 orang rakan karib. Pantang kalau meraka berjumpa, abes nanti 3,4 jam dok bergosip sama-sama. Tak kira dimana-mana, dalam kereta, dalam library, depan masjid, dalam kelas atau kedai makan. Topic utama mereka slalu mengutuk sang arjuna. Baik mat pervert, mat gangster atau mat cool. Ini lah antara mangsa-mangsa gosip mereka.


Ketua gosip antara mereka adalah si becok dan di support setia oleh si kerek. Memang tak dapat dinafikan kehebatan si becok bila berkata-kata. Baik isu dalaman, hal peribadi mahupun hal luaran habis sume di becokkan. Rekod si becok bercakap tanpa henti setakat ini 3 hari 3 malam 2 jam dan di antara mereka rekod ini masih kekal di pegang oleh si becok. Tiada sapa yang berani menandingi rekod si becok. Ini cerita pasal si becok.

Si kerek pula. Hmmm, kalau tengok luar kadang-kadang boleh buat sang arjuna menjadi "keras". Tapi hakikatnya kekerasan akan serta merta lembik bila berkomunikasi ngan si kerek ni. Memang tegas si kerek ni. Jiwanya tiada langsung kebunga-bungaan. Kekerasan adalah prinsip idupnya. Tapi di sebalik kekerasan tersembunyi satu sikap di dalam jiwa si kerek ini iaitu penakut. Baik tengah memandu kereta mahupun kegelapan malam boleh menggugat kekerasan jiwanya.

Seterusnya si bosan. Bukan la minah ni membosankan tapi penggunaan ayat dan tatabahasanya selalu ada perkatan bosan. Penulis agak pelik dan konfius ngan penulisannya dan juga kadang-kadang tutur kata si bosan itu sendiri. Si bosan merupakan gadis yang pada luarannya nampak macam sopan santun namun realitinya jiwa kesamsengan (gedebe) ada tersembunyi. Pantang kene kutuk sikit memang jari tengah la yang dia bagi nanti. Menarik bukan.

Akhir sekali si pekak. Sebenarnya penulis masih ragu-ragu dengan si pekak ni sama ada dia betul-betul pekak atau blur. Komunikasi si penulis dengan si pekak selalu menjadi konfius kerana soalan atau pernyataan si penulis akan di balas ngan jawapan yang tak relevan. Senang kata lain di tanya tapi lain di jawab. Walaubagaimana pekak sekali pun si pekak ni namun dia mempunyai kekasih yang setia padanya. Setiap masa on the phone dan ini yang menyebabkan penulis membuat kesimpulan si pekak menjadi pekak di sebabkan terlalu obses bergayut dengan kekasihnya.

Takde kesimpulan yang dapat di buat disini kerana aktiviti-aktiviti antara si becok,si kerek, si bosan dan si pekak sangat berbahaya kerana mengancam sang arjuna. Mereka bergerak secara underground untuk menambah pengikut-pengikutnya bagi memantapkan kumpulan mereka. Penulis juga selalu di ancam dengan ugutan-ugutan berbaur lucah yang menggugat keimanannya. Jadi kepada sang arjuna, sama-sama lah kita membanteras kegiatan kumpulan ini sebelum kita menjadi mangsa kelucahan mereka.

>> photo dari atas kiri adalah si becok, si kerek. Dari bawah kiri adalah si pekak dan si bosan..berwaspada la wahai sang arjuna.

Aku sopek. Aku tak tau la nape bapak aku bagi name aku sopek. Redha je la. Tapi biase la kalau name da sopek, kawan-kawan aku yang tak guna panggil aku sopak. Sopak pun sopak la janji aku ensem!Pada satu hari bersamaan dengan hari jumaat sopak kene menghadiri 1 presentation pada pkul 5 petang. Memang bosan la kalau dok dengar orang present. Dah la petang pulak tu. Agak lama presentation petang tu sebab ada 13 kumpulan nak present dan presentation abes lebih kurang jam 11 malam. Nak tunggu semua group abes present memang jenoh la lantas sopek@sopak keluar dari kelas untuk menghirup udara segar. Tiba-tiba perut berasa lapar lalu sopek berjalan la untuk ke u-center untuk membeli roti bagi mengalas perut sementara menanti presentation abes kerana sopek telah berjanji untuk dinner bersama-sama classmatenya.


Berjalan la sopek keseeorangan ke u-center yang terletak kira-kira 1 ekar dari kelasnya. Sedang sopek berjalan dan ketika melalui sebuah kedai mamak yang kotor lagi lembap tiba-tiba kedengaran seseorang menyapanya. "Awak!". Kemudian sopek berkata di dalam hati "eh,ada orang panggil aku ke,sore macam gadis" dan kedengaran lagi skali sore syahdu dan manja memanggilnya "awak, hisap la ni". Tergejol dan menggelujat sopek bila melihat orang yang memanggilnya tadi telah ada di depan matanya. Seorang gadis yang cun,comel, kiut dengan rambut paras bahu, kulit putih gebu. Tergujal sopek seketika apabila gadis tersebut melemparkan senyuman kepadanya dan tanpa sedar underwearnya sudah basah. "awak, try la dulu" sapa gadis itu lagi. Maka mengeras la benda yang sebelumya lembik disebabkan godaan gadis manja brtubuh sederhana dan muka macam cina itu.

"Hish, betul ke apa yang ada depan mata aku ni?" detik ati sopek. "Awak try la ni..rm6 je" kata gadis tadi. Sopek menjadi tak tentu arah dan jantungnya berdegup kencang apabila mendengar tawaran gadis tersebut.Sopek membalas senyum macho dengan gigi nya yang tak rata dan menjawab "hish, tak mo la awak..sejuk la..tak boleh masuk". "Ala,rm6 je". "Hah,rm6 je?" jawab sopek. Sopek tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran gadis tersebut. Alangkah gembiranya gadis tadi sambil matanya merenung tajam ke arah mata sopek. Ahh, sopek menjadi bertambah cair dan tak keruan akibat renungan mata gadis itu."awak, boleh tau nama?" tanya sopek. "I, Marissa" jawab gadis itu."Cis,rugi aku rm6 beli rokok marlboro ni..da la menthol pulak tu" detik ati sopek dan berlalu dari situ untuk kembali ke kelas sambil terbayang-bayang senyuman gadis marlboro menthol tadi.

p/s: 1) kalau nak cari promoter cari la yang tiptop2 even tak reti nak promote. Comfirm barang laku!
2) Gambar sekadar hiasan tapi ada la rupa-rupa camtu awek marlboro tu

Masa orang dok hangat nak pegi tengok movie 2012 si APO pun teringin nak gi tengok jugak. Maka pergi la APO dengan rakan-rakan kelasnya ipin, masao, suzi, dan jamal. Mereka pergi la ke GSC dataran pahlawan dan membeli tiket pukul 8.40mlm. Memang ramai orang beratur time tu nak tengok cerita 2012 tapi nasib si APO ni ada kawan yang kerja kat kaunter GSC tu. Dari jauh si APO dah nampk kawannya di kaunter tiket sebelah ujung. Dengan rambut belah tepi ala-ala NOH kumpulan HUJAN, itam manis macam beyonce itulah dia si mat bulu. Lalu tanpa memperdulikan orang yang sebok dok beratur membeli tiket si APO terus ke kaunter mat bulu.


Memang ramai gak yang pandang tak puas ati kat APO masa tu sebab dia tak beratur. APO dengan tak malunya buatlah gaya ala-ala dia ada booking tiket. Selepas membeli tiket terus la APO dan rakan-rakannya pergi menonton wayang. APO terus mencari tempat duduknya dan APO rasa agak bertuah dapat duduk sebelah suzi yang boleh tahan HOTnya. Cerita bermula dengan agak bosan. Tapi bila start adengan yang mengecutkan perut APO agak terperanjat. Boleh tahan jugak la adengan-adengan tahyul dalam cerita tu.

Ha, sebut pasal terperanjat tadi APO bukan terperanjat pasal movie yang di tonotn tapi dengan gelagat suzi. Penuh emosi suzi menonton adengan-adengan cuak tu. Mane tak nya dengan kaki dia goyang menggelejat macam nak kencing tak berhenti-henti. Tangan bergoncang-goncang menahan ketakutan dan sampai bontot terangkat sebab takut sangat. Agak kelakar jugak melihat gelagat suzi tapi si APO buat-buat tak tahu bagi menjaga ati si suzi kerana nanti niat untuk mengoratnya akan gagal. Ipin, masao dan jamal kelihatan menonton dengan tenang. APO hanya menjeling sahaja gelagat suzi sambil menekan perut dan menutup mulut bagi menahan gelak. Sudah la cerita tu dekat 2 jam 45 minit dan memang penun dengan aksi. Jadi memang sepanjang-panjang cerita tu APO hanya menahan gelak.Sehinggakan ada satu babak si APO nampak si suzi siap menadah tangan mendoakn pelakon-pelakon tu selamat. Aduh, mau pecah perut si APO masa tu.

Duduk disebelah kiri suzi adalah jamal. Jamal pun perasan jugak telatah si suzi ni tapi dia pun buat-buat tak nampak. Selepas 2 jam 45 minit maka abis lah cerita tersebut. Bila keluar sahaja panggung si APO bertanya pada suzi "besh tak cerita tadi suzi?". Tapi dengan selamba suzi menjawab "emm,takda lah best sangat..biasa-biasa je". Kemudian APO tanya pulak "abes, yang suzi siap baca doa tadi kenapa?". Aduh, dengan muka yang merah padam si suzi jawab "APO, baik ko diam..jangan bagitau sapa-sapa..plzzz". "hmmm, ok la tapi suzi mesti janji terima APO sebagai boyfren APO ek!" jawab APO. "yela, APO" jawab suzi. Sangat gembira APO mendengar jawapan suzi kerana ntah berapa kali dia cuba nak jadikan suzi tu awek tapi akhirnya berjaya.