moreschi

One's satisfaction is satisfied by satisfying others

Hari ni tido gua terganggu lagi. Si rambut singa datang bilik gua pagi-pagi dok wat loklak. Si mat bulu dok terhegeh-hegeh bersiap nak pegi umah orang kawin anak Pak Agus dengan Si rambut singa. Masa dia datang bilik gua memang gua tengah tido nyenyak je. Gua tengah syok mimpi awek gua goda gua atas katil. Sikit je lagi. Tapi hati gua tiba-tiba jadi menyirap bila gua terdengar si rambut singa kutuk laptop gua saiz macam bijik kacang botak. Gua memang hangin satu badan terus gua bangun. Mane taknya dulu komputer gua besar gedabak siap ngan LCD 42 inchi tapi si jahanam perompak gemok pendek tu da roket. Complete package ngan suar jeans gua cap ayam dia roket. Tak sedar diri pendek nak amik suar gua. Gua rasa-rasa lah, mesti suar gua ada kat kedai alter jeans skang ni.


Tak setel lagi isu drama laptop kawan gua kene kutuk sampai merajuk nak lari balik jalan kaki dari subaidah, sekarang si rambut singa pulak buat hal kutuk laptop gua. Tapi mujur hati gua keras dan cekal. Gua tak amik port langsung apa dia cakap sebab gua tau komputer dia lagi cikai. Kalau setakat mouse je RIZER, gua pandang komputer lu guna mata hati gua je lah. Tak lama si rambut singa dok bilik gua lepas tu der blah. Gua lega sekejap. Gua pergi bancuh air teh sambil celup biskut TIGER yang gua beli kelmarin. Nasib baik tak lemau sebab gua lupa nak simpan biskut tu lepas makan malam tadi. Tiba-tiba gua tengok maskot biskut tiger tu gua jadi menyirap balik. Gua jadi tak lalu nak makan. Tapi tak pe lah gua cuba tenangkan diri balik. Dah lewat ni, gua kena pergi sembahyang jumaat. Sempena Maulidur Rasul ni, gua ingat gua nak pergi usha kedai-kedai alter jeans nak cari balik jeans gua tu.

Hoh, da lama aku tak update blog. Maklum la, PC aku ada orang pinjam. Ntah bile ntah der nak pulangkan. Nasib la mak aku dengan sukacitanya bagi pinjam notebook der sementara aku nak dapat duit ganti rugi pecah rumah dari si jahanam tu. Nextweek, kejap je lagi. Mula dari hari ini boleh la aku usha-usha barang untuk wat PC baru. Yang aku sedih barang-barang dalam hard disk PC lame aku tu. Gambar-gambar dan 3gp aku. Aduh, abes la glamer aku kejap lagi dalam laman web www.malayatube.com. Memang tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan, antara dapat habuan atau bagi si jahanam tu habuan. Ikut ati memang aku nak sula-sula je budak 3 ekor tu.Dah tak ada hobi lain agaknya sampai ada hobi pinjam barang rumah orang tanpa pulang.Apa kejadahnye!Kepada geng-geng jahanam, kalau lu baca blog gua ni gua harap lu simpati sikit ngan gua sebab gua nak balik PC gua tu sebab PC tu gua hutang lagi mak gua.