moreschi

One's satisfaction is satisfied by satisfying others

Malam ini mood gua nak tulis blog datang balik. Biasa la,bila gua rasa tekanan gua tulis blog gua ni bagi meredakan perasaan geram-gerum hati pedu gua ni. Gua bengang sebab permintaan gua kat mak gua tak dapat lagi. Gua ingat sempena hari jadi gua kali ni mak gua dengan ringan hati nak hadiah kan gua HONDA ITEGRA. Tapi gua kecewa sebab mak gua bagi adiah kasut kulit hitam je. Dia cakap guna masa buat presentation kelas dan masa gua praktikal nanti.Bagus jugak sebab kalau tak gua asip pinjam kasut Si Buncit Lempeng aje. Bila tak dapat, mula la gua merungut kat mak gua. Tapi macam biasa alasan mak gua, "ko nak bawa pergi mana pun kereta laju-laju, guna je lah dulu kereta tu". Mana gua tak menyirap bawak Kancil hadiah bezday ke-20 tahun gua tu. Lembap macam kura-kura walaupun gua dah masuk enjin RB-20 tapi tak boleh cantas juga kereta Itegra Si Konting.


Lepas tu mak gua boleh cakap pasal Si Jali orang kampung gua pergi Pekan Banting hari-hari jalan kaki takda masalah pun. Umah gua dengan pekan Banting tu adalah dekat-dekat 10km. Gua memang tak percaya cakap mak gua pasal Si Jali tu. Fikir logik lemau jugak kalau nak jalan kaki 10km ulang alik. "ah,mesti Si Jali ni naik kereta" gua sedapkan ati. Mak gua temberang.

Satu hari gua nampak Si Jali tengah jalan ke arah Banting. Gua folo dia dari belakang dengan Kancil convert L5 gua. Memang lambat nak folo tapi gua nampak memang dia betul-betul berjalan ke Banting. Gua mula percaya. Tapi gua terus tinggalkan Jali sebab Kedai Apek snuker dah nak tutup. Gua dah janji dengan Si buncit Lempeng nak main lucky ball. Kira-kira 3 jam main gua terus balik dengan muka senyum sampai telinga. Si Buncit lempeng kalah teruk kena titik. On the way balik gua terserempak dengan Jali lagi. Gua kesian tengok dia. Gua ajak dia naik sekali. "Jali,ko dari mana?" dia senyum nipis tanpa jawab apa-apa. Gua tanya lagi "meh la aku anta kau balik" tapi dia senyum lagi. Gua jadi bingung. "umah kau dekat mana Jali?" tanya gua tapi dia masih senyum.

Gua mula menyirap dan lepas tu gua bawak je Jali sampai kampung dan gua turunkan dia dekat Kedai Batok tempat gua selalu nampak dia lepak main mahjong. Sampai je rumah gua terus cerita yang gua tumpangkan Jali kat mak gua. Mak gua senyum manis. Gua jadi bingung lagi. "mak gua ni senyum macam Jali juga" detik hati gua. Tiba-tiba adik gua menyampuk "Jali tu orang gila la bang!". Peh, muka gua jadi merah padam. Gua terus masuk bilik tutup muka pakai bantal. Gua terus lupakan niat gua nak mintak Honda Itegra.

Ini kisah seorang gadis berlesung pipit dan bergigi besi bernama Cik Tot. Fikir punye fikir aku rasa sebab "bumper" dia yang agak baik la dia dapat nama Cik Tot. Tapi kenapa tak Cik Mon? Nak jadikan cerita masa aku sekolah dulu aku memang minat kat dia. Masa umur aku 14 tahun lagi aku dah mula syok kat dia tapi aku pendam je sebab aku rasa dia macam tak baligh lagi masa tu. Lepas dua tahun selepas aku usha bentuk badan Cik Tot dan aku rasa ada sikit perubahan yang menunjukkan tanda dia dah akil baligh. Bukan senang aku nak usha sebab dia pakai tudung labuh masa tu. Apa lagi, aku terus susun strategi untuk ngorat Cik Tot.


Yang buat aku tambah jatuh ati kat Cik Tot bila satu hari tu aku tengah jalan dengan Bob Gendut nak pergi makan kat kantin tiba-tiba berselisih dengan Cik Tot. Masa tu dia tengah bawak projek kemahiran hidup yang kita dok wat masa tingkatan 3 sambil melemparkan senyuman. Liuk lentok jalanya, senyumanye memang kalah model baju dalam Victoria Secret masa tu. Tiba-tiba dada aku berdebar-debar bila tengok senyuman Cik Tot disebabkan lesung pipitnya yang dalam walaupun pada masa tu giginye agak buruk sebab ada sikit regang.

Mula-mula aku bagi surat kat Cik Tot. Aku letak bawah meja dia. Dia respon baik. Hari-hari selepas itu hubungan aku ngan Cik Tot makin baik dan hari makin hari bila aku nak letak surat bawah meja dia, aku nampak ada makin banyak surat-surat dari orang lain pula. "Ini tak boleh jadi, Cik Tot memang hot" detik hati aku. Aku pasang strategi lain. Kali ini aku bagi setiap surat kepada Cik Tot disertakan dengan coklat dan apa-apa manisan. Biar kering duit tapi janji aku dapat Cik Tot. Nampaknya respon Cik tot makin baik dan aku yakin masa tu Cik tot tak balas surat-surat lain.

Setiap pagi aku duduk tepi tingkap tunggu Cik Tot datang sekolah walaupun aku tau masa tu Cik Tot tak nampak aku. Aku sedapkan hati fikir dia rabun kronik. Begitu juga bila masa nak balik, memang aku dok mengendap dia juga. Aku masa tu memang seorang yang pemalu gila. Berbalas-balas surat tapi tak penahnye nak berjumpa.

Sekarang umur aku dah 20++. Cik Tot pula tengah syok gila kat aku sekarang. Aku tak tau kenapa. Kalau dia tau masa kecik-kecik aku ni suka tangkap berudu mesti dah lama dia reject. Tiba-tiba aku tengok cermin masa tengah bersiap nak dating ngan Cik Tot untuk pertama kalinya baru aku pasan. Muka aku ada iras-iras Aalon Aziz rupenye. Lalu aku aku senyum sampai ke telinga dan tersentak sekejap. Gigi aku lagi teruk dari Cik Tot rupenye. "Cis, kene pasang dawai gak la macam ni" detik hati aku.